بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





JOHOR BAHRU SEDANG CUBA DIGADAIKAN

Saya seboleh mungkin tidak mahu menulis tentang ini, Ya lah..., bimbang mengundang perdebatan sesama rakan senegara dalam Multiply.  Tapi apakan daya, selagi tidak diluahkan, selagi itulah ia bersarang, berserabut dan akhirnya bernanah lalu merosakkan ketenangan hari-hari saya. Apa lagi, perkara ini menarik minat untuk diulas. Berkaitan kelangsungan ketuanan bumiputera di negeri tercinta: Johor.
Beberapa hari yang lalu, YAB Perdana Menteri Malaysia membincangkan beberapa perkara tentang hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Maka, Perdana Menteri Singapura pun dipanggil ke Langkawi atas tujuan tersebut. Maka tetamu dari Singapura itu pun dijamu makan durian pada hari yang 'bersejarah' itu. Kedua-dua mereka pun berbincang perkara-perkara yang pada pandangan PM Malaysia menguntungkan kedua-dua pihak. Betulkah?
Antara persetujuan penting kedua-dua pemimpin itu adalah jalinan kerjasama peringkat menteri antara Malaysia - Singapura untuk memantau kemajuan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Sukalah hati PM Singapura itu apabila tanpa diminta, tiba-tiba mendapat hak bersama memantau perkembangan di selatan Johor. Semuanya bagaikan "pucuk di cita, ulam mendatang". Bertambah-tambah sukalah hati PM Singapura itu apabila warganya dibenarkan bebas masuk Malaysia hanya menggunakan smart card (laksana mykad bagi warga Malaysia)
Saya pun terfikir :- Apa sebanarnya yang difikirkan PM Malaysia sehingga menganugerahkan kebebasan kepada Singapura sebebas itu tanpa meminta balasan serupa dari mereka. Kalau adapun, Saya pasti mereka tidak rela memberikannya. Seingat saya, tidak ada seorang pun pemimpin dalam dunia ini meminta pihak luar memantau kemajuan dalam negaranya. Cubalah fikirkan, pernahkah Singapura meminta Malaysia memantau perkembangan di Sembawang, Jurong, Tuas dan lain-lain tempat di kawasan mereka?. Adakah pernah Singapura membenarkan warga Malaysia memasuki negara itu hanya menggunakan Mykad?. Tindakan PM Malaysia ini mengundang seribu persoalan. 
Ambillah iktibar dari sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu satu masa dahulu.  Kerana kesilapan membenarkan campur tangan pihak luar, akhirnya wilayah Melayu porak-peranda. Pecahlah Empayar Melaka, Lepaslah Temasik kepada Stamford Raffles, Lepaslah Pulau Pinang kepada Francis Light. Musnahlah ikatan bangsa Melayu yang gah satu masa dahulu.
Fikirkanlah wahai YAB Perdana Menteri. Demi Negeriku, Negaraku dan Bangsaku.

10 ulasan:

  1. Tentang kebebasan atau seenaknya keluar masuk itu saya juga tidak bersetuju. Dengan hanya menggunakan MyKad (SmartCart) tidak boleh diterima akal. Kalo begitu gimana dgn. tetangga yg lain, Thailand & Indonesia misalnya....tidak memerlukan passport juga yah? cukup dgn. MyKad.....

    BalasPadam
  2. Ketika ini, tidak banyak negara tetangga yang menggunakan smart card. Perjalanan Indonesia - Malaysia ataupun Thailand - Malaysia tidak pula dinyatakan. Mungkin warga singapura diberi kelonggaran kerana negara itu kini diberikan peranan penting dalam kemajuan di WPI. Kenyataan YAB PM itu dibuat kerana beliau tidak mahu berlaku urusan yang lama di pintu imigresen JB-Singapura.

    BalasPadam
  3. Di sana bukankah sudah ada zona bebas cukai?
    Apa masih kurang yang di Singapura sana?

    BalasPadam
  4. Zon Bebas Cukai tidak sama halnya dengan WPI menurut perancangan PM Malaysia. Zon Bebas Cukai hanya kawasan yang menempatkan barang-barang mewah tanpa dikenakan cukai. Warga luar yang masuk ke Malaysia dan pergi ke Zon Bebas Cukai masih perlu melalui proses imigresen biasa.

    BalasPadam
  5. Ooo begitu....disini sementara masih Batam yang bebas pajak.. sementara Sabang masih belum jelas..

    BalasPadam
  6. Zon bebas cukai/bebas pajak (Duty Free) itu hanya bisnis kecil, dimana-mana juga ada Cak. Tiada hubung kait dgn. WPI. WPI adalah perancangan pembangunan secara besar-besaran/secara total. Kerana kedudukan S'pore yg dekat dari sudut Geografi jadi meraka turut terlibat secara lansung dalam perancangan ini. Tentang WPI coba lihat disini:

    http://en.wikipedia.org/wiki/Iskandar_Development_Region

    BalasPadam
  7. Kita akui, setiap projek Mega diselatan tanah-air kita sering menjadikan S'pore sebagai pasaran utama. Banglo berserta club-club mewah di Danga Bay misalnya target utama S'porean, tetapi keterlaluan dan tidak adil jika meraka diberi kekebasan keluar/masuk ibarat warga Malaysia. Sedangkan kita yg mahu ke S'pore mengikut procedur2 yg seharusnya. Acapkali jika ada isu M'sia & S'pore kita mengalah!....Pak Lah! Pak Lah....keras dikit donk!...

    BalasPadam
  8. Phua Chu kang Best In Singapo and JB some say Batam ! what can we say I pray for our PM wisdom. Orang Joho mesti berkeras seperti kerasnya Dato Onn !!!!

    BalasPadam
  9. skrg 'SUMOLAH'.....he he he......

    BalasPadam
  10. ya.... inilah yang cuba saya lakukan. Kami tidak menolak pembangunan, malah kami bangga jika negeri kami tersohor serata dunia. Tapi janganlah sampai menang sorak kampung tergadai.

    BalasPadam