بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Penipuan Terancang.....................

Pagi hari Jumaat, 4 Mei 2007. Saya menerima satu SMS berbunyi:- <PENGUMUMAN DARI PETRONAS MALAYSIA, No. Sim Card anda telah memenangi undian bertuah Cek Tunai bernilai RM10,000. Sila hubungi 006285880386856>Setelah bertanya pendapat beberapa orang rakan, saya mengambil keputusan tidak melayan SMS tersebut kerana percaya itu adalah satu penipuan. Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, saya terima satu lagi SMS sama yang dihantar dari nombor yang sama. Saya percaya pengirim SMS tersebut datangnya dari Indonesia berdasarkan nombor yang tertera.
Menyedari saya telah diganggu, saya menghantar satu SMS balasan berbunyi:- Minta maaf. saya tidak kenal siapa kamu dan tidak percaya dengan apa yang kamu katakan. Kira-kira pukul 11.30 pagi, saya terima panggilan telefon dari nombor 006285880386856. Ketika itu, pemanggil tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai dari Petronas Malaysia memaklumkan SMS yang saya terima bukan satu penipuan. Katanya, hadiah wang tunai yang bakal saya terima akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank. Serentak dengan itu, dia meminta Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Akaun Maybank dan bertanyakan jumlah simpanan saya dalam akaun tersebut.
Kerana tidak percaya dengan apa yang dia katakan, saya berkeras tidak mahu memberitahu semua perkara yang diminta. Bagaimanapun, dia meyakinkan saya bahawa No. Kad ATM Maybank milik saya telah pun dia ketahui. Serentak dengan itu, dia membacakan 8 digit pertama nombor tersebut. Menurutnya, dia memerlukan semua perkara yang diminta tadi untuk pengesahan supaya hadiah RM10,000 boleh dimasukkan ke dalam akaun saya secepat mungkin.
Saya yang tidak sempat berfikir panjang segera memberikan semua perkara yang diminta. Bagaimanapun, saya mula berasa cemas selepas itu lalu segera ke cawangan Maybank terdekat dan sempat mengeluarkan sebahagian besar wang simpanan saya sebagai langkah berjaga-jaga. Selepas pengeluaran itu, saya masih mempunyai simpanan sebanyak RM1,202
Kira-kira jam 2.30 petang, saya kembali ke cawangan Maybank yang sama. Setelah diperiksa, saya dapati baki simpanan saya bukan bertambah sebanyak RM10,000 seperti yang dijanjikan, sebaliknya hanya tinggal RM2.00 sahaja. Ketika itu saya sedar bahawa saya telah tertipu. Wang simpanan saya sebanyak RM1,200 telah dikeluarkan tanpa pengetahuan.
Satu laporan polis telah dibuat dan pihak polis memaklumkan, kes seperti ini sering berlaku dan mangsanya akan dipukau terlebih dahulu sehingga memberikan apa saja yang diminta. Menurut polis lagi, sindiket yang berpangkalan di Indonesia ini telah menyamar sebagai badan-badan dari Malaysia. Mereka juga bertutur dalam bahasa Malaysia untuk memperdayakan mangsanya.
Kepada kawan-kawan yang mungkin menerima SMS serupa, saya nasihatkan supaya abaikan sahaja. Jangan sesekali membalas atau menelefon kembali nombor yang tertera biarpun untuk memaklumkan yang anda tidak percaya dengan SMS yang dihantar kerana anda akan segera dipukau melalui cara itu.

9 ulasan:

  1. Heehehehehehe...aku dah sering dibegitukan, jadi sudah hapal...

    BalasPadam
  2. betul2 terjadi kat you ke Fazli? Setahu saya..memang dah berleluasa pun skim penipuan mcm ni...tapi kalu dah smpai nak mintak no akaun dan nak tahu jumlah simpanan tu...rasanya mcm tak kena lah bunyinya tu...ada baik, terus berhubungan dengan pihak yg terbabit supaya 'line clear'...mcm aswad af5 kata..hehe

    BalasPadam
  3. ya Carolchs... masih tergambar kejadian itu dalam ingatan saya. Sebelum ini saya pernah dengar penipuan berkaitan AF4 tapi tak tahu bentuknya macam mana. Menurut polis, taktik penjenayah hampir sama, yang berbeza hanya AF4 dan Petronas. Menurut polis lagi, sewaktu kejadian, penjenayah turut sama melihat skrin di mesin ATM di lokasi yang tidak diketahui. Mulanya saya sangka saya betul-betul menang peraduan sebab sebelum ini, saya pernah menyertai peraduan yang dianjurkan Petronas.

    Saya telah melaporkan kejadian di cawangan Maybank berhampiran, mereka menasihatkan saya agar menukar kad ATM kerana dipercayai penjenayah yang mempunyai 'kad master' telah berjaya mengesan nombor pin saya.

    Kamu harus berhati-hati Carolchs. penjahat mungkin ada di sekeliling kita,

    BalasPadam
  4. wahh ini gang pukau blue collar,kasihan En. Fazli kita. Sedikit petua, ketika hati berasa kurang enak (berdebar-debar) bacalah “LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya’) 10X; doa yg dibaca Nabi Yunus ketika terperangkap dlm. perut ikan. Sebaik-baiknya dibaca 10X setiap kali selesai solat. Semoga manfaat buat kita semua.

    BalasPadam
  5. Terima kasih En. Jim. Petua itu sangat bermenafaat. Semoga tak terulang kes kedua.

    BalasPadam
  6. Boleh saya tahu fazli punya telefon itu prabayar atau pascabayar? guna pembekal mana satu?

    BalasPadam
  7. dulu saya pakai Maxis prabayar sekarang. Sekarang dah tukar pascabayar

    BalasPadam
  8. salam...nak tanya, lps awak kn tipu tu, awak tukar kad atm x?

    BalasPadam
  9. kad ATM masih pakai yang lama. saya hanya tukar pin.no

    BalasPadam