بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





SULTAN SARAWAK, SAMBAS & PONTIANAK – Satu Pertalian

Tidak ramai menyedari, Negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur sebenarnya pernah memiliki sultan. Sultan yang pertama dan terakhir bagi negeri ini merupakan keturunan dari keluarga di-Raja Brunei.

Menurut ceritanya, Sultan Muhamad Hasan, (sultan Brunei ke-9) yang mangkat pada tahun 1598 telah mewariskan tahta kerajaannya kepada putera sulung baginda, Sultan Abdul Jalilul Akbar. Bagaimanapun, putera kedua, Pengiran Muda Tengah mendakwa beliau lebih layak menaiki tahta kerajaan kerana diputerakan semasa ayahndanya telah dinobatkan menjadi sultan berbanding kandanya yang dilahirkan sebelum sultan Brunei ke-9 itu ditabalkan.

Menyedari tuntutan itu, Sultan Abdul Jalilul Akbar membuat muslihat dengan merajakan adindanya, Pengiran Muda Tengah di sebuah negeri yang menjadi naungan Brunei. Pengiran Muda Tengah pun menjunjung titah. Semenjak itu, jadilah baginda sebagai sultan Sarawak yang pertama dengan gelaran Sultan Tengah dan bersemayam di Santubung, Bagindalah satu-satunya sultan di Sarawak.

Setelah lama berdiam di Sarawak, Sultan Tengah tertawan hati mengahwini Puteri Surya Kesuma iaitu adik sultan Sukadana (sebuah daerah di Jawa), Perkahwinan ini telah mengeratkan lagi hubungan BruneiSarawak – Sukadana. Perkongsian hidup mereka akhirnya dikurniakan seorang anak iaitu Radin Sulaiman. Radin Sulaiman kemudiannya dirajakan oleh sultan Brunei di Sambas (ketika itu, Sambas berada dibawah naungan Brunei). Radin Sulaiman memakai gelaran Sultan Muhammad Syaifuddin I.

Setelah beberapa lama menjadi sultan Sambas, Radin Sulaiman menitahkan Puteranya Radin Bima melawat saudara-mara di Sukadana. Di sana, Beliau dikahwinkan oleh sultan Sukadana ketika itu, Sultan Muhammad Zainuddin dengan adinda bongsunya Puteri Indera Kesuma. Dalam masa yang sama, Sultan Muhammad Zainuddin, mengahwinkan puterinya Ratu Agong Senuhon dengan kerabat di-raja Bugis Opu Daeng Menambun. Puteri baginda dikurniakan anak perempuan, Utin Chendra Midi

Dalam pada itu, Seorang pendakwah Arab yang datang berdakwah ke Matan (sebuah daerah di Kalimantan Barat) dikahwinkan oleh sultan Matan dengan puterinya Puteri Nyai Tua. Pasangan itu dikurniakan beberapa orang anak termasuklah Sultan Syarif Abdul Rahman yang berkahwin dengan Utin Chendra Midi.

Sultan Syarif Abdul Rahman bersama isteri serta pengikut akhirnya meninggalkan Matan menuju Mempawah, menuju Sungai Kapuas sehingga bermalam di satu tempat bernama Pulau Bawa Layang. Di kawasan itu, Baginda bersama pengikutnya diganggu mahluk halus yang dikenali masyarakat setempat sebagai pontianak (kuntilanak). Dengan keimanan dan ilmu yang tinggi akhirnya gangguan itu dapat dihindar. Dengan kejayaan itu, baginda percaya Pulau Bawa Layang bakal mahsyur dan terkenal sebagai kota perdagangan dan pelabuhan di Nusantara. Akhirnya Sultan Syarif Abdul Rahman dirajakan di situ dan menamakan tempat itu sebagai Pontianak hinggalah kekal nama itu hingga hari ini.

Sumber: Jabatan Pusat Sejarah, Negara Brunei Darussalam

26 ulasan:

  1. Sukadana apa bukan di Kalimantan Barat?
    Kalau di Jawa ada daerah bernama Sukodono, bukan Sukadana...
    Setahuku sih Sukadana yang di Kalimantan itu...ada juga kota Sukadana di Lampung Timur..

    BalasPadam
  2. Hem..... saya tak mengaku Brooke sebagai raja walau beliau mengaku menjadi raja di Sarawak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tiada Brooke, tanah jajahan di negeri Sarawak tidak akan seperti sekarang. Lihat pada sudut positif juga. Setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya. - Anak Sarawak

      Padam
  3. Mungkin ada ralat. Menurut sumber, Sukadana yang dimaksudkan memiliki budaya, bahasa, masyarakat, adat dan kesultanan Jawa. Kerana itu mungkin Sukadana yang di Jabar yang dimaksudkan. Barangkali ada tempat lain bernama Sukadana di luar Jawa yang memiliki budaya, bahasa dan masyarakat Jawa yang sebenarnya dimaksudkan dalam catatan ini. Entahlah. Hanya Allah maha mengetahui.

    BalasPadam
  4. Kalau Jawa Barat justru bukan Jawa Li...kulturnya kultur Sunda...tapi ya begitu...wallahualam..

    BalasPadam
  5. bagi kami yang diluar Jawa, Sunda dan Wong Jowo itu nampak seakan sama. tidak tahu apa bezanya.

    BalasPadam
  6. Hna, maka itulah dikasi tau...
    Sama seperti orang luar Jawa lah...Sunda, Jawa dan Betawi bagi merekapun sama, karena tinggal di Pulau yang sama...

    Heunteu teurang bedana mah tos tiasa....:)
    Ora weruh bedane wis biasa...
    Ta' aonengan bidana ghi la biasa...
    Tidak tahu perbedaannya sih biasa...

    BalasPadam
  7. Tuh, artinya dibawah..hahaha
    (salam dari MPers Malang Li)

    BalasPadam
  8. rajinnya baca sejarah..i hate history subject time school...

    BalasPadam
  9. owhhhh...
    Nang rajin kau pok..
    Mun aku nak baca dirikpun, lalu lah..
    Butak sjarah na aku tok eh...

    BalasPadam
  10. i am the desendance of sultan sambas....tpi mau crita panjang lorh....

    BalasPadam
  11. ceritakan saja kawan, siapa tau akan bermanfaat satu hari nanti. apapun, makasih komentarnya

    BalasPadam
  12. Baiklah...ia bermula daripada ibu kandung kepada bapak ku iaitu,dayang jainah binti abg jas....kepada ayah nya abg jas bin abg majid bin abg metussin,menurut nenek ku,sebelum pejajahan jepun terhadap sambas...moyangku abg majid dan ayahnya abg metussin merupakan org besar dan berkait rapat dengan kerabat draja SAMBAS DAN juga JAWA SELATAN iaitu majapahit...menurut nenek ku,semasa mereka masih mempunyai khadam yg mebawa mereka kesana kemari,mereka mempunyai keris,keris kerabat yg sya pecaya dari kesultanan sambas,keris itu masih wujud dan dalam tangan saudarku jauh d kuching sarawak..yang sya ada sekarang d rumah ku ini ialah peningalan gambar ORIGINAL SULTAN SAIFUDIN KE 2..MASIH SYA GANTUNGKAN D BILIK TIDUR SYA......ini semua nya satu2 nya gambar peninggalan moyang2 ku...dan kini aku ingin memberitahu yg sya sedang menjalinkan hubung cinta dengan gadis ponti..ibu nya cucunya sultan sambas..sya amat mencintainya..dan mudah,mudahan kmi akan bersatu,saya mohn doa dan berkat kalian dalam hubungan kmi...mungkin cinta dan sejarah boleh merapatkan kmi..amin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita pasal keris .. hmm , aku rasa aku tauk keris ya .. aku penah nangga keris yaa .. aku keturunan sambas .. tp mak aku nikah dgn org kuching ..

      Padam
    2. mungkin serata borneo tuk ada keturunan sultan sambas setelah diserang jepun..mungkin kita sik kenal tapi sama keturunan nak. gambar original sultan pun masih ada.

      Padam
  13. sya berharap cerita sya d dengari org ramei..

    BalasPadam
  14. Saran saya, buka blog peribadi, dan dedahkan siapa diri anda yg sebenarnya. Seperti Keturunan Sultan Sulu sekarang yang semakin berani telusuri sejarah kesultanan mereka.

    Apapun, terimakasih atas pendedahan ini. Diharap dibaca orang

    BalasPadam
  15. Salam Semua Ahli Panel.,Apakah Lata Atau Lambang yang digunakan Oleh Kerajaan Serawak dibawah Pemerintahan Almarhum Baginda Sultan Tengah?...

    BalasPadam
  16. Saya tak tahu akan hal itu. Apakah lambangnya?

    BalasPadam
  17. Tahun bila kesultanan sambas di kalimantan lenyap dan dimanakah keturunan sultan sambas. sebab tidak banyak penulisan berkaitan kejatuhan kesultanan sambas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun ingin mengetahui tentang perkara ini, sebab tidak banyak cerita tentang perkara tersebut. Apa yang diceritakan pada aku oleh nenek bahawa kami berasal dari kesultanan sambas, yang ketika itu aku masih tidak peduli tentang ceritanya, bahawa keluarga serta pengikut sultan sambas telah melarikan diri ke sarawak setelah diserang jepun. melalui pembacaan aku keluarga kesultanan sambas mungkin berada di beberapa kawasan di sarawak dan juga di kalimantan. Mungkin ramai tidak sedar bahawa kesultanan sambas pernah wujud dan mungkin sebab itu tidak banyak cerita tentangnya kita dpt baca.

      Padam
  18. Tahniah! Blog ini sangat bermanfaat untuk saya.

    BalasPadam
  19. Adakah keturunan sultan sambas ini berada di sekitar pahang dan johor..

    BalasPadam