Sabtu, 9hb Ogos 2008. Seawal jam 7.00 pagi saya menerima satu SMS dari seorang rakan meminta datang ke Pejabat Majlis Peguam bagi menyertai bantahan terhadap satu forum bertajuk Memeluk Islam yang dianjurkan badan itu. Saya diberitahu, rakan saya itu sedang mengumpul seberapa ramai muslimin untuk sama-sama menyertai bantahan tersebut.
Sayang saya terpaksa menolak kerana terlibat dengan satu urusan lain. Kalau difikir, memang teringan saya ikut membantah tindakan Majlis Peguam yang cuba bermain api itu. Ini bukanlah kali pertama Majlis Peguam mencetuskan provokasi. Beberapa minggu yang lalu, satu forum provokasi lain telah dianjurkan berkenaan Kontrak Sosial dan Hak-hak keistimewaan yang dalam masa yang sama turut mencetus amarah dikalangan masyarakat Melayu Malaysia.
Belakangan ini, saya secara peribadi merasakan semakin banyak isu-isu sensitif tercetus. Paling ketara semenjak Malaysia dipimpin Perdana Menteri ke-5. Antaranya; tuntutan majlis-majlis agama Kristian, Hinddu, Buddha dan Sikh untuk diwujudkan Suruhanjaya Antara Agama yang didalamnya menyentuh banyak perkara yang merugikan Islam. Belumpun isu itu berakhir, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan Kumpulan Artikel 11 (turut disertai seorang Peguam beragama Islam yang kini menjadi orang penting dalam kabinet). kumpulan ini mendesak Artikel 11 dalam Perlembagaan Persekutuan dimansuh.
Sebelum itu, Persatuan Sekolah Cina, Dong Zhong dan NGO Cina seringkali memprotes beberapa dasar baik yang dirangka untuk menggalak perpaduan kaum di Malaysia. Antara yang dibantah termasuklah Dasar Sekolah Wawasan, Program penggabungan sekolah-sekolah kurang murid dan lain-lain perkara yang menyentuh bahasa, budaya dan etnik mereka.
Dan kalau masih ingat beberapa bulan lalu, satu aksi tunjuk rasa dari kaum India telah diadakan di Kuala Lumpur anjuran Hindraff. Kumpulan itu menuntut hak-hak mereka yang kononnya diketepikan.
Saya yakin kalau isu-isu ini tidak ditangani secara serius, Malaysia bakal menyaksikan satu lagi rusuhan besar berulang. Mungkin lebih buruk bila ditambah penyertaan etnik ketiga terbesar Malaysia yang satu masa dulu takut bersuara kini sudah pandai memberontak. Kes-kes pergaduhan kecil melibatkan kaum itu di Taman Medan, Pulau Pinang dan Pasir Gudang menjadi bukti kecenderungan ke arah itu semakin jelas.
Dan ketika politik nagara berada dalam keadaan belum begitu stabil, diharap sama ada kerajaan sedia ada atau pun 'kerajaan menanti' sama-sama duduk semeja mencari idea terbaik merungkai permasalahan ini. Idea yang lahir kemudiannya diharap dapat menutup terus ruang-ruang kosong tanpa mampu diserang virus sengketa biarpun ia hanya satu provokasi.
Ibarat sebuah rumah, bumbung bocor jangan hanya ditampal, kelak akan bocor kembali. Lebih baik gantikan saja dengan bumbung yang baharu.
Hehehehe, mirip waktu pertama kali mendirikan RI....sila satu pancasila sejatinya ada bunyi 'menjalankan syariat Islam bagi pemeluk2nya', tapi kemudian diprotes kalangan Kristen dari Indonesia Timur dan akhirnya menjadi 'Ketuhanan YME'
BalasPadambetapa kita ni manusia sentiasa tersepit antaranya.. dalam perundangan yang dikuat kuasa negara dan juga syariah. sebab itulah mendorongkan sal untuk mengambil kejurusan undang undang islam untuk memperlihat keadilan. alhamdulillah perundangan singapura so far so good kalau soal syariah law islam mereka tidak masuk campur tapi jika dituntut mereka bawa berunding pada jabatan kuasa islam dan menanya pendapat. sal belajar dan tahu berapa hal melalui pensyarah pensyarah yang mengajar kami di bilik kuliah sewaktu kami beradakan satu berbincangan. disitu pensyarah2 tersebut rasa tidak puas hati dengan tindakan undang undang sekarang di sana. sedangkan bagi pendapat sal pun, maaf jika kadang kadang sal ketawa gelihati especially kes DSAI tentang liwat. sal cuma berharap satu hari perkara ini tidak berlanjutan seperti melodrama or soap opera. uraikan dengan professional dan intelectual..bangunkan sikap tamadun keislaman dan mencorak langkah sebagai negara islam yang cemerlang. sal percaya insyaallah segalanya akan terurai dengan baik.
BalasPadamItulah bezanya... Di Indonesia isu hanya muncul sewaktu pertama kali mendirikan RI. Di Malaysia, sejak negara ditubuhkan sampai sekarang isu ini masih belum mampu diselesaikan.
BalasPadamYg ini saya setuju En Fazli......kl zaman Cek Det, depa semua tak berani bersuara...
BalasPadamhmmmmm m'sia ni tenang di atas tapi bergelodak di dalamnya
BalasPadam