Untuk Warga Malaysia Sahaja
Sahlah bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau nama barunya Iskandar Malaysia, satu projek pembangunan teragung, kononnya bersaiz 3 kali ganda pembangunan Singapura dan menyamai pembangunan Shenzen dan Hong Kong, hasil idea PM dan kuncu-kuncunya kini terbukti gagal memberi menafaat kepada orang Melayu - Bumiputra di selatan Johor.
Perkembangan ini dinyatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Samad. Menurut dia, projek mega tersebut sehingga kini tidak menampakkan impak secara langsung kepada rakyat tempatan khususnya peniaga Melayu - menyebabkan mereka tidak menerima baik cadangan pembangunan tersebut.
Tambah Datuk Shahrir Samad, Kalau WPI berjaya sekalipun, kejayaan itu bukan milik Bumiputra. Beliau melahirkan rasa kecewa itu ketika sidang akhbar bersama peniaga di Terminal Awam Larkin. (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2008)
Kata saya: Kalau ahli Parlimenn kerajaan sendiri sudah kecewa, apa lagi yang hendak ditunggu? Cepatlah kaji semula atau batalkan saja projek ini. Saya dan ramai lagi rakyat Johor sudah tak sanggup melihat satu demi satu tanah warisan orang Melayu terdahulu jatuh ke tangan bangsa/orang asing.
Jom... Katakan Tidak Pada WPI.
..............(alias tidak komentar)
BalasPadamSenyap jer...tak nak bagi komen...xixixiixixixixiixixixixixixixixixixi
BalasPadamKarim & Nono
BalasPadamYa... Namanya pun bacaan khas untuk warga Malaysia.
apa masalah di WPI nie....
BalasPadamhe he he...makanya tak bagi komen...tak begitu faham juga dengan duduk masalahnya...xixixiixixixixiixixixixixixixixixixixi
BalasPadamemberrrr......kan eike diluar pagar....
BalasPadamBanyak masalah... cuba baca sebahagian akta WPI yang diluluskan kerajaan dalam artikel2 saya yang lalu. Caranya mudah, klik saja pada tag tentang wpi
BalasPadamWPI ialah development project yang direncanakan di selatan Negeri Johor. Aku (dan mungkin ramai lagi warga Malaysia) tidak setuju dengan projek ini kerana ia merugikan orang Melayu.
BalasPadamKerana apa ia merugikan? Sila lihat link ini: RAKYAT JOHOR MERAYU BANTUAN
macam projek Taman Tamadun Islam lah....
BalasPadamtak memberi apa2 impak kepada rakyat Terengganu
dari A sampai Z kontrak pembinaan TTI langsung tak dapat kepada kontraktor dari Terengganu...
bahkan pekerja binaan semuanya pekerja asing
bukan itu sahaja... kontrak pengindahan landskap TTI juga dari KL
ya.. dengan kata lain: MEMBAZIR
BalasPadamCuma WPI lebih hampeh sebab dalam aktanya sendiri secara terang-terangan menyebut beberapa perkara yang sensitif kepada orang Melayu.
Sayangnya orang melayu masih buta kerana telah berjaya dihayalkan dengan keindahan poster-poster, risalah dan model-model skala yang nampak menarik pada pandangan mata.
so siapa yg salah.... rakyat atau kerajaan
BalasPadamhuhuhuhu
kalau ambik PR pun tak boleh jugakan fazli. alahai...takperlah..fazli!! kalau panjang umur 22 ke 23 aug kita jumpa yok ajak kak kina sekali ..sal teringin nak jumpa u all lah...sorilah langgar topiks ..boleh kita mengumpat pasal si bambang priantono tu eh..ataupun si karimsh ke.. pastu siapa eh yang ada kat malang tu hehehehe :~P
BalasPadamoh ya pasal si fajar tu jugak..dia ni selalu hilang hilang hehehe..
BalasPadamsal pun nak tanya something gan fazli juga. please email sal kat salbiah.bte.sirat@spcorp.com. thanks
Saya warga Turki boleh komentar ker? ahaks...
BalasPadambimbang nye saye walaupun saya bukan penduduk johor. sebagai warga negara saya rasa memang tak munasabah. apalagi rakyat johor sendiri (mungkin ramai org yg tak tahu lagi tentang perkara ini)
BalasPadam