بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Musim Memindah Hantu Bermula

Dalam masa terdekat ini, sekurang-kurangnya dua kes pemindahan Oang Halus atau lebih dikenali  sebagai  Hantu  telah/akan dilakukan di dua tempat  berbeza  di  Malaysia.
Baru-baru ini, kes pemindahan pertama telah dilakukan di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Ini ekoran gangguan hesteria yang terjadi di kalangan pelajar dan guru di sebuah sekolah di kawasan itu. Sebilangan pelajar perempaun dan seorang pelajar lelaki yang diserang hesteria mendakwa mereka tiba-tiba sakit sandi menjelang tengah hari hingga menyebabkan mereka berjalan bongkok seperti orang tua. Menurut mereka, kejadian ini berlaku hampir setiap hari sewaktu berada di kawasan sekolah. Bagaimanapun, gangguan itu dijangka telah pulih hasil usaha seorang bomoh/dukun yang sudi membantu memindahkan makhluk yang dikatakan menjadi penyebab masalah yang dihadapi itu. Makhluk tersebut dikatakan telah dibawa berpindah ke kawasan lain menggunakan sebuah van.
Pemindahan Orang Halus/Hantu yang kedua dijangka akan berlaku dalam masa terdekat. Kali ini di Permatang Pauh, Seberang Prai, Pulau Pinang. Bezanya dengan kes pertama, kali ini hantu-hantu dari kawasan lain akan dipindahkan ke Permatang Pauh buat sementara waktu bagi 'membantu' sebilangan manusia yang kemaruk kuasa untuk berlawan dengan seorang manusia biasa yang sangat ditakuti mereka saat ini. Mari kita tunggu dan lihat adakah pemindahan hantu yang kedua ini akan berjaya dilakukan sebagaimana kejayaan-kejayaan yang pernah dikecapi sekurang-kurangnya setiap empat atau lima tahun sekali.   
bercanda...  :-)

11 ulasan:

  1. hahahah skunk nie da macam2 kes kan... tah ape2 tah.. antu pon dah nak kna pindah .... itu lar.. dok kaco orang lagi... kan dah kena pindah.. elok2 dok kat situ... kaco orang... dah kna pindah.. ngarut betol la geng2 antu niee....

    BalasPadam
  2. good review la brader......gelak bosar den baco!!!

    BalasPadam
  3. sape2 ada bas sewa time ni le patut gi ngendeng2 pihak berkenaan.... masyuk wooo...

    BalasPadam
  4. masyuk... time ni la masa yang sesuai buat bisnes. Sapa-sapa ada bas, jom pakat-pakat sewakan kpd geng-geng pemindah hantu ni.

    BalasPadam
  5. hahaha...
    Ni la realiti kehidupan kita kat Msia

    BalasPadam
  6. Nggak di Malaysia, gak di Indonesia...sama saja soal pindah-pindahan hantu..hahahahaha...

    BalasPadam
  7. 'Jangan ditegur'....uwan saya bilang....

    BalasPadam
  8. wah...ngeri juga ya, kalo begitu apakah dimalaysia berlaku pula ruqyah ? kalo di Indonesia dukun itu banyak berlaku, tetapi dapat membahayakan aqidah ummah...khawatir musyrik.

    BalasPadam
  9. Tok Guru saya bilang, kalau jumpa hantu, kita sergah

    BalasPadam
  10. sergah itu apa ya kalo bahasa indonesianya ilzaf ?

    BalasPadam
  11. Kalau bahasa Indonesianya, saya tak pasti. Tapi sergah tu dalam kalimat saya bermaksud untuk memberi si hantu-hantu itu terperanjat. mungkin barangkali sampai melatah... oppocot.

    Gitulah dalam bahasa mudahnya....

    BalasPadam