بسم الله الرحمن الرحيم


Selamat Datang


Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.

Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.

Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri
ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.

Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.

Sekian. Selamat memabaca





Sisi Baik Pada Kebanjiran Pendatang

Pekerja Myanmar : Apa ini duduk? sana kerja.

Pekerja Bangladesh : Mana ada kerja? Sumua habis.

Pekerja Myanmar : Oh.. habis ka? Sekarang mana pigi?

Pekerja Bangladesh : Baliklah. Sabtu lagi mari. Besok lain tempat kerja.  

 

Dialog di atas merupakan perbualan antara dua pendatang asing dari dua negara berbeza yang mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia.  Saya sempat merakamkannya secara tak sengaja ketika berkunjung di sebuah stesen LRT berhampiran kawasan perumahan saya.

Menarik bukan? Tak tahulah bagaimana perasaan orang lain sekiranya mendengar perbualan ini. Bagi saya, wow!! Sangat mengesankan. Dua manusia berlainan negara boleh saling bicara menggunakan medium Bahasa Melayu, bukannya bahasa Inggeris. Tidak kisahlah bagaimana bentuk fonem dan tatabahasa yang mereka gunakan. Yang penting, bahasa kebangsaan saya kini digunakan orang lain sebagai medium perbualan. Sekurang-kurangnya menjadi lingua franca kepada kumpulan pekerja asing kelas bawahan.  

Inilah satu sisi baik dari kebanjiran pendatang yang tidak disedari ramai. Kalau sebelum ini kita sering merungut tentang kesan negatif kebanjiran pekerja asing, kali ini mari kita lapangkan dada dan fikirkan semula bahawa tidak semua kesan yang dibawa pendatang itu bersifat negatif.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya dengar perbualan dalam bahasa Melayu yang dituturkan mereka. Satu waktu dulu, ketika tersesat mencari jalan keluar dari Putrajaya, saya pernah dibantu seorang pekerja warga Vietnam. Akhirnya dengan berpandu pada arahan dalam bahasa Melayunya yang fasih, saya berjaya mencari jalan keluar. Saya yakin ramai lagi yang pernah mengalami situasi begini.

Dan semalam sewaktu menonton ulasan sukan olimpik di saluran Astro 817, sekali lagi saya kagum mendengar jawapan jurulatih skuad memanah negara, seorang bangsa Korea yang menjawab pertanyaan wartawan Astro menggunakan bahasa Melayu biarpun wartawan beretnik Cina itu bertanya soalan dalam bahasa Inggeris. Mungkin kerana malu, wartawan itu akhirnya menukar soalannya dalam bahasa Melayu. Seperti diduga, bahasa Melayunya patah-patah.

Saya juga pernah mendengar perbualan seorang warga Malaysia keturunan India (tamil) berbicara dengan seorang pekerja asing dari India (punjabi) dalam bahasa Melayu. Berbunga-bunga parasaan saya waktu itu ketika memikirkan bagaimana dua manusia dari dua sub-etnik berkerabat telah memilih bahasa Melayu dalam medium perbualan mereka. Syabas.

Buat warga asing, terima kasih kerana melingua-francakan bahasa kami disini. Sekurang-kurangnya membantu bahasa Melayu untuk terus bernafas dalam lingkungan sebahagian penutur aslinya yang bodoh sombong.  

Buat warga Indonesia, terima kasih kerana turut mempopularkan bahasa kami pada sesama warga asing dari pelbagai keturunan. Kerana kamu, bahasa kami masih boleh berdiri meski kondisinya tempang.

23 ulasan:

  1. Bagus dech kalau begitu..maju terus bahasa Melayu

    BalasPadam
  2. "saya cakap melayu tarak pandai, tapi saya cinta awak juga"...kira-kira dialog warga apa itu ya?

    BalasPadam
  3. makasih.... kami perlukan dukungan kalian.

    BalasPadam
  4. bahasa menunjukkan bangsa. saya pun bangga berbahasa Indonesia.

    BalasPadam
  5. saya bangga berbangsa dan berbahasa Indonesia

    BalasPadam
  6. sal teringat cerita seniman bujang lapok dimana bai jaga itu berkata sinis pada Pak sudin. Bahasa menunjukkan bangsa. tapi kalau bangla, myanmar dll berbahasa melayu..bagaimana pula ya? sepatutnya kita sebagai orang melayu berbahasa melayu itu bangga tapi melayu kita ni kadangkala kata.. bahasa melayu ni non-standard padahal kalau dilihat seorang pensyarah di singapura berbangsa "orang puteh" pandai berbahasa melayu. sal terpegun masa menonton satu wawancara seorang pensyarah yang bukan melayu pandai bertutur bahasa melayu. memang janggal dimata kita sendiri tapi itulah hakikatnya. bila sal dengar orang berbangsa asing bertutur bahasa melayu, sal sendiri rasa malu kerana kita tidak berbangga dengan bahasa kita sendiri. sebaliknya... jadi terbalik.
    siapa nak jawap tu?? malu malu.. *sambil tepuk dahi*

    BalasPadam
  7. Lihatlah kawan2. Kalau saya postkan sesuatu tentang bahasa, tak ramai warga Malaysia yang ikut beri komen. Sudah nampak bukan bagaimana persepsi warga Malaysia sendiri terhadap bahasa Melayu?

    BalasPadam
  8. saye bukan melayu! saye Turki...he he

    BalasPadam
  9. Saya sering menonton film2 Malaysia, saya liat disana lebih banyak memakai uangkapan bahasa Inggris ya dibandingkan bahasa melayu

    BalasPadam
  10. terasa ke en jim? rileks la... en jim la satu-satunya warga Malaysia yang baca posting ini.

    BalasPadam
  11. So true I'm one of them...and you know what, I sound stupid if I speak Malay...he he

    BalasPadam
  12. Huh.... En Jim ni buat saya naik darah je bulan-bulan puasa ni.....

    BalasPadam
  13. ha ha ha....sabar Fazly...bila marah, pahala berkurang ...

    BalasPadam
  14. cane nak masukkan photo nih.....da try tapi tak masuk pun. anyone help meeeeee

    BalasPadam
  15. nak masukkan photo mcm korang la. mcm kat sebelah ni

    BalasPadam