PERHATIAN: Ini bukan sinopsis filem Melayu karya
Michael Ang.
Pelancongan ziarah saya dan beberapa rakan lain ke Istanbul dan beberapa lokasi
lain di Turki pada 25 April 2015 yang lalu, merupakan titik pertama saya di
Eropah (Asia?). Penerbangan ditempuh 10 jam dari Kuala
Lumpur dengan MAS atau Turkish Air. Atau 12 jam dengan Emirates Air yang transit di Dubai terlebih dulu. Masa tempuh yang panjang ini
membuat punggung saya sakit sepanjang hari. Tapi kesakitan ini
sudah terbayarkan. Tak satupun momen yang saya lalui di Turki ini, saya
sesali. Meski pernah tersesat seorang diri lebih sejam di Istanbul, dan terlepas
beberapa titik ziarah yang sudah dirangka, ia tetap beri hikmah yang lain buat
saya. Lebih dari itu, saya dapat bayangkan bahawa Istanbul dan Turki amnya,
akan berkembang dari titik pertama jadi titik-titik seterusnya ke seluruh benua
Eropah. InsyaAllah.
Pintu Istana Topkapi |
Hari 1
Muzium Topkapi jadi titik ziarah yang pertama kami di negara ini. Asalnya ia sebuah istana Khalifah Usmaniah yang
sudah diubah fungsi. Sebagaimana biasa, pemandangan sepanjang perjalanan hanya
ada tulip. Indahnya memukau mata. Kami diberitahu, tulip berasal dari kata Turk–lips. Kesahihnya belum pasti. Walluahualam.
Tulip di Istana Topkapi |
Isi dalam Topkapi dipenuhi alat kebesaran Turki Usmaniah. Termasuklah
kunci dan kelambu kaabah. Memang ketika zaman gemilang, Usmaniah menakluk
hampir semua wilayah Arab termasuk Makkah. Satu perkara yang menarik di sini,
alunan ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan tanpa henti. Lunak suaranya seperti
suara rakaman. Saya nyaris tertipu.
Istana ini dibina di kuala Sungai Tanduk Emas. Di depannya ialah selat
Bhosphorus. Di selatan ialah Laut Marmara. Indahnya Istanbul, dapat saya lihat
dari sini. Susah saya bayangkan dalam tulisan.
Masjid Biru tersergam indah |
Di Sebelah Masjid Biru ada Hagia Sophia. Gereja agung zaman Roman yang
dialih fungsi jadi masjid. Tapi ia kini hanya sebuah muzium.
Kami tamatkan sesi ziarah Istanbul, dengan sembahyang jamak Zuhur
(dan Asar) di Masjid Eyup Sultan, salah satu masjid bersejarah di sini. Pertama
kali, pandangan saya terhadap pegangan Islam Turki begitu positif. Sekurang-kurangnya di sini, lelaki,
perempuan dan kanak-kanak datang memadatkan ruang solat dan mahu berjemaah bersama. Sesuatu yang
jarang dilihat di Malaysia. Malah perempuan di sini juga lebih ramai yang
berhijab. Sejuk mata memandang.
Makam para shuhada |
Masjid ini dibina selepas lima tahun Constantinople ditawan – sempena memperingati perjuangan Abu Ayub Al-Ansari, sahabat Nabi (Muhammad SAW)
yang mangkat ketika Constantiople pertama kali diserang tentera Islam (Arab)
pada tahun 670. Masjid ini turut digunakan setiap kali pemashyuran kalifah
Usmaniah yang baru.
Destinasi kedua, kami ke Bursa. Sebuah tugu tertulis 'Selamat datang ke
Asia' dalam bahasa Inggeris dan Turki menyambut kami ketika seberang jembatan
masuk ke sebelah Asia. Istanbul sebelah sini lebih berisi perumahan dan gedung
perniagaan modan. Beberapa tembok kuno zaman Roman masih utuh terlihat.
Perjalanan tanpa henti hingga sampai di Eskihisar sebelum dibawa belayar ke
seberang tebing Teluk Marmara dengan kapal RORO.
Feri RORO |
7.00 malam waktu Turki. Kami sampai Bursa dan dibawa ke Hotel Tiara di
tengah bandar. Sebagaimana ertinya dalam bahasa Melayu, Tiara juga bermaksud
mahkota dalam bahasa Turki. Ini ialah bandar ke empat besar di Turki selepas
Istanbul, Ankara dan Izmir
Minum kopi Turki di Busra |
Malam di bandar Bursa. Saya beranikan diri jalan sendiri ketika rakan
rombongan buat hal masing-masing di bilik hotel. Orang Bursa tak kekok terima
tamu. Cuma baru kali ini saya tahu ramai orang Turki tak fasih bahasa Inggeris,
termasuklah generasi muda. Komunikasi saya terbatas. Tanya arah ke mana pun
mereka tak tahu. Mujur bertemu pelancong Itali yang sudi terangkan situasi.
Dari dia, baru saya tahu komunikasi dia di sini pakai bahasa Perancis.
Perbualan saya dengan orang Itali ini berakhir di warung kopi Turki yang
popular, tak jauh dari Masjid Murad, salah satu masjid bersejarah di Turki.
HARI 2
Waktu solat subuh masuk terlalu awal. Baru pukul 4 pagi, tapi azan dah
berkumandang. Bermalas-malasan dan terus melingkar atas tilam yang hangat dalam
cuaca yang sejuk, memang lebih selesa dari segalanya. Tapi saya harus bangun
pagi dan buktikan satu hipotesis yang bermain dalam kepala. Buktikan apakah
masjid di Turki betul-betul diimarahkan - termasuklah dinihari.
Masjid Murad dilihat dari dekat |
Saya gagah menuju ke Masjid Murad sendiri. Tinggalkan rakan lain yang
masih menyambung mimpi. Cuma saya sampai terlalu awal. Masjid Murad masih
sangat sepi tanpa jemaah. Hanya ada lima jemaah bertafakur dan duduk diam tanpa
bersuara sedikitpun. Saya hanya masuk, bersalaman dan setia tunggu hingga solat
dimulai. Jemaah yang sedikit itu perhati saja gelagat lelaki asing wajah
eksotik yang duduk sendirian di dekat mereka.
Jemaah semakin lama semakin ramai. Sekaligus hipotesis saya
terbukti. Tapi solat subuh belum juga dimulai. Tak tahu selama mana lagi tok imam harus tunggu.
Akhirnya solat dimulai juga ketika jarum jam dah hampir mencecah angka tujuh. Kalau ikut skala Malaysia, waktu begini dah terang tanah. Tapi di sini masih hitam. Masih belum nampak cahaya.
Akhirnya solat dimulai juga ketika jarum jam dah hampir mencecah angka tujuh. Kalau ikut skala Malaysia, waktu begini dah terang tanah. Tapi di sini masih hitam. Masih belum nampak cahaya.
Masjid Raya / Grand Mosque |
Di Bursa ini, lokasi ziarah kami masih sama. Lagi-lagi lihat masjid.
Pertamanya ke Ulu Camii, atau Masjid Raya / Grand Mosque dalam
bahasa Melayu dan Inggeris. Ini ialah masjid terbesar di Bursa yang dibina oleh
Sultan Bayezid I. Ia masjid pertama memakai senibina Turki. Saya tak nampak apa
uniknya masjid ini kerana senibina masjid di Turki semuanya sama. Cuma satu,
ruang dalam masjid terhias puluhan kaligrafi zaman Usmaniah.
Lokasi kedua kami ke Yeşil Camii, atau Masjid Hijau dalam bahasa Melayu. Senibina masih sama. Hanya warnanya hijau kebiruan, hasil dari biasan warna kemasan marmar yang dipakai. Warna yang dulunya dipanggil Turkish Blue sebelum jadi Turqouise dalam bahasa Inggeris. Juga terdapat kompleks makam waris Sultan zaman Usmaniah.
Lokasi kedua kami ke Yeşil Camii, atau Masjid Hijau dalam bahasa Melayu. Senibina masih sama. Hanya warnanya hijau kebiruan, hasil dari biasan warna kemasan marmar yang dipakai. Warna yang dulunya dipanggil Turkish Blue sebelum jadi Turqouise dalam bahasa Inggeris. Juga terdapat kompleks makam waris Sultan zaman Usmaniah.
Masjid Hijau |
Di sebelah Masjid Hijau, ada kedai cenderamata yang jual kraftangan
Turki. Saya tak ketinggalan beli beberapa buat teman di Malaysia. Kawan-kawan
serombongan pun ikut membeli. Baru hari ini dapat berkenal-kenalan. Sekali lagi
saya rasa sudah terlebih ramah.
Sehabis Bursa, kami ke Kusadasi. Sebuah bandar di pantai barat Turki.
Setentang dengannya ialah Laut Aegean, yang penuh dengan ratusan pulau-pulau milik
Greece. Kusadasi terletak 80 kilometer dari Izmir. Lokasi ini menyimpan
khazanah kuno zaman Hittite dan Roman, antaranya Ephesus yang nampak dipinggir
jalan.
di depan Palmin Hotel |
Sebaik daftar masuk di Hotel Palmin, para rombongan ramai cuci mata.
Inilah lokasi yang pada saya terasa sangat luar negara. Warna alamnya beza. Langitnya
kelihatan lebih biru dan tanahnya lebih putih kelabu. Kusadasi ialah pintu menuju
Athens, Greece. Ada khidmat feri tersedia untuk hubungkan masyarakat kedua-dua
negara.
pantai para gadis?? |
Saya dan beberapa rakan sempat jemur badan di Lady Beach, atau
mungkin Pantai Gadis kalau diterjemah ke Bahasa Melayu. Tapi Lady Beach
ini taklah terlalu ladies. Lebih ramai mat saleh tua main pasir dari
gadis-gadis seksi mandi pantai seperti yang saya bayangkan.
susunan rumah di Kusadasi |
Menuju Lady Beach, kami lalui susunan rumah berkembar dan banglo
yang cantik. Baru dapat lihat rumah seperti ini di Turki. Sebelum ini, saya
hanya lihat apartmen di mana-mana. Corak sosial penduduk Kudasi pun nampak
beza. Sesetengah warga menganut Kristian, terlihat pada simbul palang yang
dipamer. Pakaian mereka lebih terdedah dan nampak lebih elegan, tapi bila kami
tanya arah, komunikasi ayam dan itik masih terjadi. Mereka hanya tahu bahasa
Turki.
HARI 3
Hari yang sangat saya tunggu. Kami ke Ephesus. Hayati bagaimana
pahlawan silam Greek zaman Troy beradu kekuatan di panggung mega terbuka (Grand
Theater). Kemudian bayangkan seperti apa rasanya jika kita sendiri ada di
sana pada masa dan waktu yang sama. Serunya.
Grand Theater |
Ephesus diambil dari kata Apasa, dalam bahasa Hittite. Ini kota
tinggalan banyak zaman. Ia dibuka 500 tahun sebelum masihi ketika Anatolia
dibawah pengaruh Parsi. Ada banyak kuil lama peninggalan Hittite yang masih
kekal.
Ephesus kemudian dirampas Greek, sebelum jatuh ke tangan Alaxender The Great (Iskandar Zulkarnain?). Lalu ia ditakluk pula oleh Roman sebelum diserah ke Byzentine. Begitulah sejarahnya.
Ephesus kemudian dirampas Greek, sebelum jatuh ke tangan Alaxender The Great (Iskandar Zulkarnain?). Lalu ia ditakluk pula oleh Roman sebelum diserah ke Byzentine. Begitulah sejarahnya.
Penting dalam sejarah Kristian (mungkin Islam?), Ephesus ialah titik
akhir tempat Virgin Mary (Mariam?) habiskan hayatnya di sisi Saint John, salah
seorang 'penyalin' kitab Bible (Injil?). Di lokasi yang sama ini didirikan Gereja
Virgin Mary, salah satu dari 7 gereja agung seAsia. Agama Kristian awal
tersebar pesat di sini selepas satu doktrin Kristian yang menyebut "Virgin
Mary adalah Ibu Tuhan" dideklarasikan. Mohon umat Islam jangan percaya.
Tinggalan Ephesus |
Ephesus dibawah Empayar Byzentine terus berkembang melalui pembinaan
jalan, Istana dan lain-lain. Tapi susut mendadak selepas jatuh ke tangan Seljuk
dan Usmaniah. Banyak cerita yang saya dapat di sini. Banyak monumen agung yang dapat
saya kaji. Saya habiskan satu persatu semua yang ada di sini dalam tempoh yang
amat lama ketika rakan lain lebih teruja rakamkan foto kenangan.
Kini, Ephesus hanya sejarah. Penghuninya sekarang hanya kucing-kucing
yang comel dan gemuk kerana sering disedekah makanan. Saya sempat gambar kenangan dengan salah
seekor kucing gemuk itu. Rasa seperti nak dibawa balik.
Setia Berkhidmat |
Sehabis Ephesus, kami ke Butik Kulit Emelda untuk saksikan pertunjukan
fesyen. Rupanya ini memang sudah termasuk dalam pakej yang sudah dirangka agen
pelancongan di Turki – dalam agenda faraidkan duit kita. Melihat harga yang
semuanya empat angka - dalam nilai dollar, saya cepat-cepat melangkah keluar.
Emelda Boutique |
Habis dari butik kulit, kami ke Pamukkale. Perjalanan selama 2 jam
lagi. Lokasi pertama, kami ke Hierapolis, satu monumen sejarah tinggalan Roman
yang mirip Ephesus, tapi pada skala yang lebih kecil. Sebenarnya bukan ini
objek yang ingin kami lihat, sebab ada objek yang lebih ajaib lagi dari ini.
Apakah itu?
Saya bersama seorang rakan rombongan |
Objek itu ialah Pamukkale itu sendiri. Satu formasi batuan bertingkat warna
putih yang terhasil dari mineral tinggi kalsium. Pamukkale dalam bahasa Turki bererti
telaga putih. Di setiap tingkat batu itu memang terkandung air seperti telaga.
Sebuah keajaiban alam yang belum pernah saya lihat di mana-mana. Sungguh sangat
ajaib. Ramai warga Eropah yang mandi, tapi saya hanya berani rendam kaki. Sejuk
airnya mampu membekukan tulang.
formasi ajaib |
matsaleh ni tahan sejuk |
telaga putih |
Malam ini, kami habiskan masa di Hotel Tripolis. Sebelah saja dari
Telaga Putih itu. Sebuah hotel dua lantai yang berlatarkan hamparan hijau
pemandangan ladang bunga sesame yang saujana mata memandang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan