بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Datang
Istana Cerita sebuah blog berbahasa Melayu, sebahagian besarnya dalam bahasa Malaysia, namun ada beberapa kata yang saya ambil dari bahasa Indonesia dalam usaha memudahkan penyampaian. Ada kata yang jarang kita dengar, namun tetap dapat difahami setelah melihat seluruh isi ayat.
Istana Cerita terisi berbagai himpunan genre, sebahagian besarnya tentang pengalaman perjalanan dan foto kenangan dan selebihnya tentang hal-hal yang menarik pada pandangan penulis.
Penulis dedikasikan blog ini buat semua, khasnya kepada pengagung bahasa Inggeris yang semakin bercambah di negara kita tercinta, Malaysia. Dan mengajak mereka berfikir atau paling tidak bantu beri ilham supaya mereka yakin betapa teks dalam bahasa Melayu juga boleh diolah dengan baik dan disusun cantik membentuk himpunan kata-kata yang tak kalah hebat berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. InsyaAllah.
Sebahagian tulisan di sini ialah tulisan lama usungan dari laman multiply penulis yang kini sudah dibubar.
Sekian. Selamat memabaca
GANYANG ARAB SAUDI ?
Dalam masa terdekat ini, media Malaysia melaporkan dua kejadian sadis menimpa dua tenaga kerja wanita dari sebuah negara jiran yang berkerja di Arab Saudi. Satunya disiksa dengan mulutnya digunting sambil terdapat kesan darah dalam otak mangsa akibat hentakan kuat; manakala satu berita lagi tentang penemuan jasad tenaga kerja wanita dari negara yang sama dalam sebuah tong sampah. Mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Saya percaya dua isu ini bukan kejadian pertama terjadi kepada tenaga kerja dari negara jiran itu. Cuma yang saya hairan, Rakyat dari negara jiran itu masih senyap dan memandang sepi akan nasib rakan senegaranya yang berkerja di sebuah negara Arab itu. Hal ini sangat kontra kalau isu sama tejadi kepada warganya yang berkerja di Malaysia. Habis Malaysia 'diganyang' semahunya seolah-olah tidak sempat menunggu esok biarpun isunya hanya sekecil patah gigi. Jadi kalau begini, apa sebenarnya yang mereka tegakkan? Saya geleng kepala.
Bahasa Arab Terpinggir di Lubnan
Negara ini mencapai kemerdekaannya pada tahun 1943 dari penjajah Perancis. Inilah satu-satunya negara Arab berpenduduk Kristian paling ramai di dunia Arab. Di sini lebih 40% Arab Lubnan beragama Kristian. Mungkin faktor penjajahan dan agama jadi punca pupusnya bahasa ibunda negara ini.
Walaupun diangkat menjadi bahasa negara, Arab bukanlah satu bahasa pilihan di kalangan rakyat Lubnan. 70% penduduk negara ini belajar di sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris. Manakala kebanyakan ibubapa di Lubnan berkomunikasi sesama ahli keluarga di rumah mengunakan gabungan bahasa Perancis dan Inggeris dan sedikit bahasa Arab.
Walaupun banyak generasi muda negara ini boleh memahami bahasa arab, penggunaan bahasa itu hanyalah terbatas setakat difahami tapi tidak dituturkan. Bukan sekadar itu, semakin ramai anak-anak Lubnan yang lebih kenal ABC berbanding abjad Arab Aliff, Ba, Ta.
Kecenderungan Ibubapa Lubnan menghantar anak-anak ke sekolah swasta mendorong kerajaan negara itu memperkasakan sekolah kebangsaan melalui pengukuhan bahasa Inggeris. Ini merupakan satu lagi usaha kurang bijak yang akhirnya menjadikan bahasa Arab kelihatan bodoh, kompleks dan sukar dipelajari.
(Dipetik dan diolah dari artikel asal dalam Kosmo 20 Ogos 2010.)
Kata Saya: Usaha bodoh kerajaan Lubnan itu kini ditiru oleh kerajaan Malaysia. Malah usaha yang kurang bijak itu kini sudah membuahkan hasil. Sekarang semakin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu berbahasa Melayu. Malah generasi muda Melayu sendiri sudah sampai tahap malu menggunakan bahasa itu.
12.05pagi, 5 November 2010. Pantai Dalam awal hari ini digegarkan dengan beberapa siri letupan separa kuat disusuli deretan letusan kecil bagaikan tembakan senapang. Bertali-arus. Semuanya berlaku selama setengah jam. Kedengaran bayi-bayi menangis ketakutan sambil para ibu menjerit melarang anak-anak kecil mereka mendekat. Dari jauh terlihat percikan api menjulang ke langit lalu pecah dan berbunga di udara. Asap tebal lantas menyelubungi, disusuli bau belerang yang menusuk. Ratusan penduduk yang kehairanan mula bergegas melihat apa yang berlaku. Ada yang turun tak cukup tangga menuju ke bawah, tak kurang yang terjengok-jengok menerusi jendela sambil muka tercengang-cengang kerana menyangka genderang perang sudah dipalu. Malah ada yang berdoa: "Ya Allah selamatkanlah kami". Tiba-tiba terdengar tepuk gemuruh dan sorak-sorai satu pihak lain seolah-olah telah menang melawan musuh. Dan mereka menjerit kegembiraan sana-sini sambil bersalaman sesama sendiri lalu mengucapkan salam "Deepavali Valtikal".
SEJARAH KEBERADAAN MELAYU SEMENANJUNG DI BERBAGAI WILAYAH INDONESIA
Pengetahuan terhad terhadap sejarah keberadaan
Baru-baru ini telah berlangsung persidangan Memori Kolektif Indonesia – Malaysia dengan tema Pengalaman dan Iktibar Hubungan Indonesia – Malaysia di Johor Bahru pada 1 hingga 3 Oktober lalu.
Satu perkara menarik yang dibentangkan MSI adalah tentang pengaruh orang Melayu Semenanjung ke atas segenap pelosok Nusantara yang sekarang sebahagian besarnya bergabung dalam Negara Kesatuan Republik
Dedahan MSI ini berkisar tentang sejarah yang berlaku selepas kejatuhan Melaka tahun 1511 ke tangan Portugis. Menurut MSI, selepas pusat perdagangan terkemuka itu menjadi titik pertama di Nusantara yang jatuh ke tangan penjajah, ramai penduduknya meninggalkan Melaka menuju daerah-daerah lain. Ini termasuklah oleh Sultan dan pembesarnya yang mengasas kerajaan baru di Johor dan Bintan (Johor – Riau), pedagang Melaka yang pindah ke Tuban dan Grisek (Jawa), Gowa (
Tambah MSI, pedagang yang merantau ini mengidentifikasikan diri sebagai Orang Melaka di daerah-daerah baru itu. Malah mereka mendapat layanan yang baik di
Di Nusa Tenggara Timur, para pedagang Melaka yang dikenal sebagai Sunan Mutin Melaka berhasil mendirikan kerajaan Wesei Wehali hingga menjadi sebuah kerajaan kuat di
‘Orang Melaka’ turut membawa bersama mereka artifak seperti tanah, meriam, kelawang, gading, perhiasan dan gong yang semua ini akhirnya dijadikan pusaka kerajaan yang dianggap suci dan dipakai sewaktu pertabalan raja-raja di
Selain daripada pengaruh Melayu Melaka di berbagai wilayah
Maklumat tambahan dari MSI juga tak kurang menariknya, menurut seorang wakil mereka, Inyo Yos Fernandes, orang Melayu dari Semenanjung dan Sumatera telah pindah ke timur Indonesia lebih awal sebelum zaman Srivijaya. Mereka inilah yang menyebarkan bahasa Melayu hingga ke Flores, Maluku dan
Sepanjang penguasaan penjajah Eropah di Kepulauan Melayu, ramai pendatang Melayu Semenanjung terpaksa beralih kerjaya dari peniaga kepada petani ekoran monopoli perdagangan yang dilakukan penjajah tersebut. Ada yang pindah jauh ke tengah daratan dan beranak pinak di
Melihat pendedahan ini, dapat dipastikan bahawa hingga kini unsur Melayu dan kemelayuan tetap terpelihara di seluruh Nusantara biarpun di sesetengah kawasan hanya tinggal bahasa, lebih-lebih lagi di wilayah timur
Kesan kehadiran Melayu Semenanjung di berbagai tempat di
Ini adalah ulasan saya berhubung satu artikel yang tersiar dalam Utusan Malaysia, 11 Oktober 2010 berjudul Memori Kolektif sejarah Malaysia – Indonesia berhubung pendedahan Masyarakat Sejarawan Indonesia (MSI) di Johor Bahru. Di harap tulisan saya mampu membuka mata rakan-rakan dari negara jiran kerana saya yakin pendedahan menarik dari MSI itu tidak akan pernah disiarkan di media negaranya sendiri.