Peta perjalanan saya setakat ini |
Sekitar Kampung Tropeangchuk |
Waktu ini, rumah yang saya huni di kampung ini sudah sepi. Penghuninya sudah bertani dibelakang rumah. Ada sawah yang sudah menguning padinya. Pakcik Lors, pagi-pagi lagi sudah siapkan pedati untuk dipasang pada lembu. Haiwan itu akur saja menurut. Disuruh kerja tiap hari tanpa cuti, dan tugas kanawan lembu itu hari ini ialah mengangkut padi-padi yang sudah siap dituai ke pusat pemprosesan di rumah jirannya yang miliki mesen pengisar padi paling canggih di kampung ini. Saya tak bercadang lihat mereka. Saya hanya mahu habiskan masa jelajah keliling kampung, hayati pemandangan Tropeangchuk sepuas-puasnya. Entah bila lagi dapat ke sini.
Tajak ini mahu dihadiahkan kepada saya |
Bas yang ditunggu sudah diumumkan sampai. Terhenti bayangan rasa takut yang sedang saya fikirkan ketika itu. Ketakutan itu kini sudah di depan mata. Tak dapat ditahan-tahan lagi. Berdebar. Mencengkam. Kini saya benar-benar sendiri. Melanjutkan perjalanan yang masih belum pun sampai separuh. Perlahan saya melangkah ke dalam bas yang sudah lebih muatan. Satu persatu wajah penumpang di dalamnya memandang saya, menyimpan seribu pertanyaan untuk disemburkan kepada pengembara asing yang tercanggung-canggung nampak kekok tapi gigih mengukir senyum agar tetap kelihatan yakin. Padahal saya sendiri kosong, tak tahu apa ada di depan sana yang bakal saya tempuh. Berapa jauhkah lagi Siem Reap pun tak saya tahu. Harus turun di mana nantinya pun saya harus menurut kata hati.
Saya diarah duduk dilorong tengah tempat orang lalu-lalang. Ada papan disambungkan antara bangku kiri dan kanan. Saya akur saja arahan konduktor bas itu. Tak berani berbantah-bantah kerana saya sedang di negara orang. Malah di belakang saya pun ada penumpang lain yang terpaksa duduk dalam keadaan yang sama seperti itu. Satu lagi persefahaman yang tinggi dapat saya lihat pada orang-orang Kemboja.
Saya diarah duduk dilorong tengah tempat orang lalu-lalang. Ada papan disambungkan antara bangku kiri dan kanan. Saya akur saja arahan konduktor bas itu. Tak berani berbantah-bantah kerana saya sedang di negara orang. Malah di belakang saya pun ada penumpang lain yang terpaksa duduk dalam keadaan yang sama seperti itu. Satu lagi persefahaman yang tinggi dapat saya lihat pada orang-orang Kemboja.
"Cepat-cepat, kau nak ke mana?" Mungkin itu pertanyaan konduktor bas yang nampak bergegas kutip duit dari penumpang. "Siam Riap" Jawab saya yakin. "*^#_*&@!$*^^%@$" Entah carutan apa pula yang disemburkan abang konduktor bas itu kepada saya. Dia nampaknya gagal fahami maksud saya. Malah tidak ada siapapun dalam bas ini yang boleh berbahasa Inggeris untuk dapat membantu. Saya sendiri dah tak tahu bagaimana jelaskan lokasi tujuan saya dalam bahasa mereka. Mujur ada penumpang wanita di belakang yang bilang Si+yem Ri+yep. Terakhir baru saya tahu kalau sebutan Siem Riep yang lazim saya sebut selama ini salah sama sekali. "Five Dollar" Jawab konduktor bas itu. Saya bayar kira-kira 20,000 Riel untuk perjalanan 4 jam menuju bandar bersejarah di utara sana.
Perjalanan membelah beberapa kampung dan pekan kecil. Selainnya, tak ada apa yang dapat saya lihat melainkan sawah, sawah dan sawah. Cuma, di antara sawah-sawah itu ada pohon kelapa laut yang tumbuh meliar Saya seperti suasana yang pernah saya lihat di negeri utara pantai timur. Sejauh ini, masih balum ada kawasan hijau yang layak dipanggil hutan. Bukit-bukau di kejauhan pun kelihatan gondol. Bas terus bergerak jauh meninggalkan Provinsi Kompong Thom dalam keadaan sendat dan lebih muatan. Ketika itu saya perasan ada ramai mata-mata yang perhatikan saya. Ada antaranya tersenyum sipu bila saya balas pandangan. Mereka seperti mahu tanyakan sesuatu.
gerai di sekitar bandar Siem Reap |
Bas berhenti lagi, padahal baru 10 minit bergerak. Enjinnya dimatikan, seolah-olah tak ada lagi lokasi lain yang hendak dituju. Semua penumpang yang masih tinggal pun turun di situ. Saya pun ikut turun, lalu terpinga-pinga tak tahu hendak ke mana. Nak bertanya, saya yakin tak ada orang yang faham bahasa Inggeris. Saya juga tak mahu kalau orang di sini tahu kalau saya orang asing kerana bimbang diapa-apakan. Saya belum benar-benar jumpa wajah yang terpercaya.
papan tanda menunjukkan arah Angkor Wat |
Saya pilih salah satu hotel yang ada di situ. Tarafnya berbintang tiga. Tarif semalam berharga USD15 atau kira-kira RM45. Tercengang-cengang saya lihat tarifnya yang begitu murah. Di hotel inilah akhirnya saya tahu kalau Angkor Wat yang saya kejar selama ini masih sejauh 5KM lagi. Oh Tuhan, destinasi yang sudah tergambarkan dalam angan-angan saya itu sebenarnya masih belum juga sampai. (bersambung).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan